Mee Udang Sapura, Guar Jering turut selesai menunaikan Zakat Perniagaan bersama Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang kelmarin.
Terima kasih atas kepercayaan, terima kasih kerana bersama kami membantu asnaf memerlukan di negeri tercinta ini.
Kami di Zakat Pulau Pinang turut mendoakan agar perniagaan yang diusahakan bertambah maju, seisi keluarga diberikan kesihatan yang baik serta sentiasa dalam rahmat Allah SWT. Ameen…