A+ R A-

Rasional Logo

 LOGO ZPP LOGO ZAKAT WITH MAJLIS TEXT

Rekabentuk logo menggunakan gabungan logotaip dan juga simbol. Perkataan ZAKAT PULAU PINANG yang dominan beserta huruf-huruf jawi 'Pa', 'Alif', dan 'Zai' merupakan abjad awalan kepada perkataan Pusat Urus Zakat (PUZ). Konsep ini dipilih untuk menunjukkan sifat saling melengkapi antara jenama PUZ dan juga Zakat Pulau Pinang.
Hurufnya direka secara mudah dan tidak menggunakan elemen khat sepenuhnya untuk menampilkan kesegaran kepada rekabentuk ini, kedudukannya yang kelihatan seperti mendukung pula menggambarkan walaupun dijenamakan semula, PUZ masih meneruskan tanggungjawabnya yang digalas dengan penuh efisyen dan bersemangat.
Warna hijau lumut pada huruf 'Pa' dipilih untuk menggambarkan definasi zakat iaitu bersih, suci dan subur. Warna kelabu pada huruf 'Alif' dan hijau epal pada huruf 'Zai' pula dipilih untuk menampakkan keharmonian organisasi dan ciri-ciri korporat PUZ.
Tipografi adalah dari jenis 'eurofurence bold' untuk menampilkan kesungguhan dan keseriusan PUZ dalam menjalankan aktiviti yang diamanahkan. Jenis 'font' yang berbentuk bulat ini juga dipilih untuk melambangkan konsep yang berorientasikan pelanggan.
Secara keseluruhan, visi dan nilai-nilai PUZ terserlah di dalam reka-bentuk logo baharu ini sekaligus menyempurnakan hasrat untuk penjenamaan semula dengan menggunakan perkataan ZAKAT PULAU PINANG yang lebih 'direct' dan telus.

Harga Emas Semasa: RM 255.30 

Nisab: RM 15885.00

KUTIPAN DAN AGIHAN
(Setakat September 2020)
Kutipan: 
RM 75.92 Juta

Agihan: RM 87.18 Juta

  ezakatJompay

galeri

  news

  hubungi 

 

No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466
Copyright © 2020 Zakat Pulau Pinang
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, IE8 browser, Mozilla Firefox, Chrome