Piagam Pelanggan
Kami bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti dan memuaskan hati pelanggan serta layanan yang mesra dan adil kepada pembayar dan penerima bantuan zakat dan dengan itu kami berjanji:
- Memberi maklumat yang jelas dan tepat berkaitan zakat.
- Menyediakan kemudahan pembayaran zakat yang terbaik melalui pelbagai kaedah.
- Memastikan urusan pembayaran di kaunter tidak melebihi 5 minit.
- Menghantar penyata bayaran zakat tahunan kepada pembayar yang membayar melalui skim berkat tidak melebihi 31 Mac pada tahun berikutnya.
- Memastikan pengagihan zakat selaras dengan ketetapan syarak.
- Memberi layanan yang mesra kepada semua yang berurusan di kaunter-kaunter perkhidmatan zakat.
- Menerima semua borang permohonan bantuan yang lengkap dan memproses dalam tempoh 20 hari bekerja.
- Memproses bantuan segera yang layak serta merta.