Rumah Transit Saudara Baru
Kompleks Darul Hidayah (Rumah Transit Saudara Kita) merupakan komplek penginapan yang menempatkan golongan muallaf yang tidak ada tempat untuk berlindung serta mempelajari Agama Islam dengan lebih mendalam. Mereka akan menetap di sini dalam tempoh masa tertentu dan akan keluar untuk membina kehidupan yang baru.
Pelbagai aktiviti keagamaan diadakan bagi mengisi masa lapang contohnya kelas fardhu ain, kelas mengaji Al-Quran dan sebagainya. Kos perbelanjaan mengurus berjumlah RM750,000.00 setahun. Lokasi kompleks ini di :
Kompleks Darul Hidayah (Rumah Transit Saudara Kita),
13100 Penaga, Seberang Perai Utara.
Tel : 04-351 4658 / 04-351 6431
Faks : 04-351 4658