Seminar Zakat
Seminar Zakat adalah program yang dianjurkan khusus untuk kumpulan sasaran, seperti kumpulan peniaga, surirumah, petani dan kakitangan awam. Mengguna nama tersendiri seperti Seminar Zakat Perniagaan, Seminar Zakat Tanaman dan Seminar Zakat Pendapatan dan lain-lain adalah diharapkan program seperti ini akan mampu meningkatkan jumlah pembayar dari semasa ke semasa.
Seminar Zakat kerapkali dianjurkan secara kerjasama dengan lain-lain agensi seperti MARA, Pertubuhan Peladang Kawasan, Jabatan Kerajaan dan Persatuan (NGO’s) dan lain-lain agensi.