1 November 2021, Bukit Mertajam : ZPP telah menerima kunjungan kerja dari YB Senator Puan Fadhlina Binti Dato’ Sidek tengahari tadi. Beliau merupakan Ahli Lembaga Pengarah (ALP) ZPP yang baharu dilantik. Kedatangan beliau bersama tiga orang kakitangan, telah disambut mesra oleh Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang (ZPP), En. Amran Bin Hazali.Turut serta sepanjang sesi ini, semua barisan pengurusan ZPP..Selain bertukar pandangan dan idea, kunjungan ini juga bertujuan bagi mendapatkan info-info terkini berkaitan aktiviti kutipan dan agihan zakat serta maklumat perjalanan operasi ZPP.



