9 JULAI 2021, BUKIT MERTAJAM : Penyerahan bantuan makanan sebanyak 100 pek dari ZPP telah diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang, En. Amran Hazali kepada Ketua Pegawai Daerah SPT, Tuan Kamarul Haizat Koderat selaku Pengerusi Bencana Daerah SPT di Pejabat Daerah Jalan Betek, Bukit Mertajam.
Pek makanan berkenaan akan disalurkan kepada asnaf yang terjejas di kawasan PKPD di Seberang Perai Tengah dengan kerjasama Pejabat Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pertahanan Awam yang terlibat dikawasan tersebut.




