Pulau Pinang, 24 Mac 2025 – Pengurus Besar Jabatan Operasi Kutipan (JOK) mengadakan lawatan ke Kedai Emas Eyda Wahdah, sebuah jenama perniagaan emas yang semakin berkembang di Pulau Pinang.
Dalam kunjungan ini, Pengasas Kedai Emas Eyda Wahdah telah menunaikan kewajipan zakat perniagaan sebagai tanda kesyukuran dan komitmen dalam membantu golongan yang memerlukan.
Zakat yang disalurkan ini bukan sahaja menjadi tanda keberkatan dalam perniagaan, malah turut menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat, sejajar dengan konsep “Rezeki yang Bersih, Perniagaan yang Diberkati”.
Semoga usaha ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai usahawan untuk menunaikan zakat dan bersama-sama membangunkan ummah.