Zakat MAINPP merakamkan penghargaan kepada Dato’ Seri Yusuf Taiyoob, usahawan kurma yang masyhur di Malaysia, atas penyempurnaan kewajipan Zakat Perniagaan bagi syarikat Yusuf Taiyoob Sdn Bhd. Majlis penyerahan ini turut disaksikan oleh Dato’ Abdul Rahim Taiyoob.
Turut hadir dalam kunjungan ini ialah Dato’ Dastagir Mohd Yassin, Ahli Lembaga Pengarah Zakat Pulau Pinang.
Semoga Allah SWT menerima ibadah zakat yang ditunaikan serta melimpahkan keberkatan kepada perniagaan Yusuf Taiyoob HQ Sdn Bhd. Aamiin…