Kali ini seramai 20 orang peserta usahawan bimbingan Zakat MAINPP telah menyertai kursus ini. Peserta didedahkan dengan teknik pembuatan pelbagai jenis roti seperti roti lebah, chicken floss, mini pizza bun, dan roti sosej.
Inisiatif ini bertujuan untuk memperkasa usahawan asnaf dengan latihan pembangunan modal insan agar mereka dapat meningkatkan kemahiran, seterusnya menjana pendapatan secara berterusan dalam bidang keusahawanan.
Zakat MAINPP akan terus komited dalam menyediakan program pembangunan usahawan bagi memastikan golongan asnaf mampu berdikari dan meningkatkan taraf hidup.