En. Muhammad Asyraf Abdul Wahab, Pengurus Besar Jabatan Kutipan Zakat, Zakat MAINPP, telah menerima kunjungan daripada NS nasi kandar yang diketuai Pengarah Urusan, En. Abdul Hamid bin Nagoor Sultan ke Ibu Pejabat Zakat MAINPP.
Kunjungan NS Nasi Kandar ini bertujuan untuk menunaikan kewajipan zakat perniagaan serta mengemukakan permohonan bagi menyertai 𝗦𝗸𝗶𝗺 𝗪𝗮𝗸𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗭𝗮𝗸𝗮𝘁 𝗠𝗔𝗜𝗡𝗣𝗣, yang akan diagihkan sendiri oleh pihak NS Nasi Kandar kepada asnaf terpilih.
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah melaksanakan Skim Wakalah untuk melantik pembayar zakat korporat dengan jumlah tertentu agar dapat mengagih sendiri zakat mereka kepada asnaf bersama-sama MAINPP. Skim ini bertujuan bagi memastikan agihan zakat berjalan lebih efektif dan tepat sasaran oleh pembayar zakat sendiri.
Semoga kerjasama ini menjadi inspirasi buat syarikat lain untuk turut serta menyantuni asnaf melalui zakat.