Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) telah menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM296,000 bagi tahun haul 2023 kepada Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).
Zakat telah diserahkan oleh Ketua Pegawai Kumpulan BIMB, Dato’ Mohd. Muazzam Mohamed dan diterima oleh YB Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Yang Dipertua MAINPP.
Turut hadir, YBhg Dato’ Dr Roslan Ahmad, Timbalan Yang Dipertua MAINPP; YBhg Dato’ Haji Rosidi Hussain, Setiausaha MAINPP; YBhg Dato’ Amran Hazali, Ketua Pegawai Eksekutif ZPP serta beberapa orang pegawai pengurusan BIMB.
Semoga perniagaan BIMB terus berkembang maju dan diberkati Allah selalu. Ameen…