3 September 2021, Kepala Batas : Seramai 44 orang pelajar Pulau Pinang bertolak ke KLIA sebelum berlepas ke Kaherah, Mesir bagi menyambung pengajian masing-masing di Universiti Al-Azhar. Kesemua mereka menerima Bantuan Permulaan Ke IPT Luar Negara, Zakat Pulau Pinang yang bernilai RM2,000 setiap seorang.
Bagi jumlah pelajar yang menerima Bantuan Permulaan Ke IPT untuk tahun 2021 setakat ini adalah seramai 1,084 orang dengan jumlah agihan zakat sebanyak RM1,168,500. Moga dipermudahkan urusan mereka, pulang dengan kejayaan serta memberi manfaat buat ummah.













