KEPALA BATAS – Seramai 13 orang alumni Inapan Kasih Sayang Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (IKS MAINPP) telah menerima sumbangan laptop menerusi inisiatif Zakat MAINPP.
Pada Januari lalu, tiga orang alumni IKS MAINPP telah menerima sumbangan ini, manakala 10 orang lagi alumni menerima sumbangan tersebut dalam satu Majlis Sambutan Aidilfitri Darul Hanan MAINPP & Inapan Kasih Sayang yang diadakan di Kompleks Warga Emas Darul Hanan MAINPP, Pongsu Seribu.
Laptop berkenaan telah diserah oleh YB Dato’ Dr Mohamad Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.
Inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan Zakat MAINPP untuk membantu golongan yang memerlukan, terutama dalam kalangan anak-anak asnaf yang sedang melanjutkan pengajian di IPT dan berpotensi untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang akademik.
Semoga dengan bantuan ini, para pelajar dapat terus maju dalam bidang pengajian masing-masing.