Jumlah keseluruhan kutipan zakat yang telah berjaya dikutip oleh Zakat MAINPP pada tahun 2024 adalah sebanyak RM172,855,238.97 juta. Jumlah ini merekodkan peningkatan sebanyak 8.25% daripada jumlah yang direkodkan pada tempoh yang sama tahun 2023.
Zakat MAINPP pada tahun 2024 juga telah berjaya mengagihkan sebanyak RM162,286,576.24 dengan kadar peratusan peningkatan sebanyak 10.09% berbanding pada tahun 2023.
Untuk makluman semua, kadar nisab zakat harta pada tahun 2024 ialah sebanyak RM24,200.00. Prestasi jumlah kutipan dan jumlah pembayar zakat harta pada tahun 2024 secara keseluruhannya dipengaruhi oleh peningkatan kadar nisab zakat harta sebanyak 11.8% berbanding tahun 2023 yang berjumlah RM21,650.00.
Pengumuman prestasi kutipan dan agihan 2024 Zakat MAINPP telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, YB. Dato’ Dr Mohamad bin Abdul Hamid.
Zakat MAINPP sentiasa berusaha memberikan yang terbaik dalam menjaga amanah ummah demi membela hak asnaf di negeri ini. Terima kasih kepada semua pihak atas sokongan yang diberikan kepada Zakat MAINPP sepanjang tahun 2024.