Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB Malaysia) telah selesai menunaikan zakat perniagaan bagi haul 2022.
Majlis ringkas penyerahan replika cek tersebut telah berlangsung di Ibu Pejabat Zakat Pulau Pinang (ZPP), Bandar Perda.
Pengurus CIDB Pulau Pinang, Ts. Mashitah Mohd Mokhtar menyerahkan replika cek tersebut kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi ZPP, Encik Mohamad Kairi Ghazalli.
Doakan semoga Allah menerima ibadah zakat yang ditunaikan serta memberkati perniagaan yang dijalankan pembayar-pembayar zakat kita. Ameen.



