Program “Tour Muzakki” Timbalan CEO (Operasi) Zakat Pulau Pinang, peluang beramah mesra dan mengeratkan silaturrahim bersama pemilik syarikat ABH Sejahtera Enterprise di Teluk Kumbar. Program “tour muzakki” adalah perkara rutin yang sering dilakukan oleh Timbalan CEO (Operasi) ZPP setiap tahun.
Terima kasih En.Ibrahim yang saban tahun berzakat dengan kami di Zakat Pulau Pinang untuk membantu asnaf di Pulau Pinang. Semoga perniagaan ABH Sejahtera Enterprise terus maju jaya dan berkembang lagi cabang-cabang perniagaan. Aamiin.