Program Jom Digitalkan Bisnes anjuran Open University Malaysia (OUM) dengan kerjasama Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Zakat MAINPP) telah berlangsung pagi tadi.
Program yang akan berlangsung 2 hari ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Yang Dipertua MAINPP.
Ucapan aluan telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Datin Dr. Santhi Raghavan, Naib Presiden / Timbalan Naib Canselor (Pengalaman Pelajar & Teknologi) Open University Malaysia (OUM). Turut hadir, Puan Norhayati Razali, Pengarah Pusat Pembelajaran OUM Seberang Jaya.
Program ini melibatkan penyertaan usahawan wanita asnaf Zakat MAINPP yang berpotensi untuk mengembangkan perniagaan mereka secara digital dan berdaya saing dalam ekonomi semasa.