Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Zakat MAINPP) yang diketuai oleh Ustaz Mohamad Kairi Ghazalli, yang menjalankan tugas-tugas Ketua Pegawai Eksekutif bersama barisan pegawai kanan Zakat MAINPP telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP).
Kunjungan ini bertujuan untuk mengukuhkan jalinan kerjasama strategik antara kedua-dua agensi serta menyelaraskan pelbagai isu berkaitan dakwah zakat dalam kalangan para guru Islam di negeri ini.
Pihak Zakat MAINPP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengarah Pendidikan Negeri Pulau Pinang serta semua pegawai JPNPP yang sudi menerima kunjungan ini dan bersama-sama mengangkat agenda pembangunan Islam di Pulau Pinang.