Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang telah menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Bantuan Guaman (JBG) bertempat di Ibu Pejabat Zakat MAINPP, Bandar Perda, Bukit Mertajam.
Kunjungan ini bertujuan mengadakan perbincangan awal mengenai cadangan kolaborasi antara JBG dan Zakat MAINPP dalam usaha menyalurkan dana bantuan guaman khususnya dalam kes-kes syariah yang melibatkan golongan asnaf, melalui peruntukan di bawah asnaf fisabillah.
Rombongan JBG diketuai oleh Ketua Pengarah JBG, YBhg. Dato’ Norazmi bin Mohd Narawi, bersama Timbalan Ketua Pengarah (Syariah), Tn. Hj. Nassir bin Abdul Aziz, serta pegawai-pegawai JBG dari Ibu Pejabat dan JBG Negeri Pulau Pinang.
Delegasi ini telah disambut oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Zakat MAINPP, Ustaz Mohamad Kairi bin Ghazalli, bersama barisan pegawai Zakat MAINPP.
Perbincangan ini membuka ruang kepada sinergi strategik yang diyakini mampu memberikan impak positif kepada golongan asnaf, khususnya dalam mendapatkan akses kepada khidmat bantuan guaman secara menyeluruh dan berkesan.
Pihak JBG turut menyatakan harapan agar kerjasama ini dapat diteruskan dan diperkukuh dari semasa ke semasa.