Kunjungan yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif ZPP, Dato’ Hj. Amran Hazali ini telah disambut mesra oleh Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Haji Wan Salim Wan Mohd Noor pagi tadi.
Kunjungan ini adalah bagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Haji Wan Salim Wan Mohd Noor yang akan mula bercuti sebelum tempoh perkhidmatan berakhir pada awal Jun 2024.
Beliau mula terlibat sebagai Ahli Lembaga Pengarah Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang pada 2014. Beliau juga sering mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang khususnya yang membincangkan persoalan-persoalan hukum agihan dan kutipan zakat.
Terima kasih Sahibus Samahah Dato Seri atas tunjuk ajar yang diberikan selama ini. Semoga dirahmati Allah dan terus diberi kesihatan yang baik.