Zakat MAINPP yang diketuai oleh En. Muhammad Asyraf Abdul Wahab, Pengurus Besar Jabatan Operasi Kutipan Zakat MAINPP, telah mengadakan kunjungan ke MTalent Training & Consultancy dan bertemu dengan CEO syarikat, Dato’ Dr. Musa Ali.
Kunjungan ini bertujuan untuk berkongsi kefahaman mengenai zakat serta konsep Skim Wakalah, iaitu dasar pengembalian semula wang zakat oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) kepada individu, syarikat, majikan atau Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang membayar zakat kepada Zakat MAINPP.
Dalam sesi perbincangan, kedua-dua pihak menekankan kepentingan zakat sebagai instrumen pembangunan ummah serta manfaat Skim Wakalah dalam memastikan agihan zakat lebih berkesan kepada golongan asnaf yang layak. Perbincangan ini diharapkan dapat memperkukuh kesedaran dan kerjasama dalam usaha memperkasa agihan zakat di negeri ini.