Ketua Pegawai Projek (Menjalankan Tugas Ketua Pegawai Eksekutif) Zakat MAINPP Bersama Pemilik Perniagaan Terkenal Pulau Pinang
YBhg. Ustaz Mohammad Kairi bin Ghazalli, Ketua Pegawai Projek yang menjalankan tugas Ketua Pegawai Eksekutif Zakat MAINPP, terus aktif turun padang bertemu para usahawan bagi memperkukuh kefahaman tentang zakat perniagaan.
Dalam sesi terbaru “Mid Day Chat Zakat”, beliau telah mengadakan pertemuan dengan:
YBrs. Puan Suzaini bt Ahmad, Pengarah Kilang Ani Plastik di Kubang Menerung, yang telah lebih 20 tahun beroperasi. Beliau dan suami berbesar hati menerima kunjungan korporat Zakat MAINPP dan kagum dengan penerangan jelas mengenai kutipan serta program agihan zakat yang disampaikan.
YBrs. Puan Zuraida binti Mansor & Tuan Ellyshavana bin Jaafar, pemilik Ez River Empire Sdn Bhd yang mengendalikan Pinang Farmasi dan Damirals Bread, jenama yang dikenali di Pulau Pinang. Pertemuan berlangsung di Kompleks Darul Hannan, Pongsu Seribu, di mana mereka turut menyaksikan salah satu program agihan terbesar Zakat MAINPP yang menjaga kebajikan warga emas.
Semoga jalinan erat antara Zakat MAINPP dan komuniti perniagaan ini terus memberikan manfaat kepada ummah.


