Zakat Pulau Pinang (ZPP), Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang hari ini diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Hj. Amran Hazali telah berkunjung ke FAMA Negeri Pulau Pinang yang bertempat di kawasan perusahaan Perai. Rombongan ZPP telah disambut oleh Pengarah FAMA Negeri Pulau Pinang, En. Mohd Hafiz Nurulhuda.
Antara tujuan utama kunjungan ini adalah bagi menjalinkan silaturahim dan kerjasama lebih erat di antara dua agensi ini. Turut dibincangkan adalah berkenaan ruang dan peluang latihan untuk golongan asnaf.
Semoga dengan kerjasama dan silaturahim dua agensi ini akan menyumbang kepada penambahbaikkan golongan asnaf dalam bidang perniagaan di negeri ini.