19 OKTOBER 2019 : 'SUKPEN' LZNK DAN ZPP
19 Oktober 2019, Seberang Perai Utara : Baru - baru ini , Zakat Pulau Pinang (ZPP) melalui Badan Amal Kebajikan Zakat Pulau Pinang (BAKA-ZPP) telah mengadakan SUKPEN iaitu sukan silaturahim diantara Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan Zakat Pulau Pinang (ZPP). Tujuan sukan ini dibuat adalah bagi mengeratkan hubungan silaturahim sesama kedua-dua agensi mengurus zakat ini.
Antara sukan yang diadakan pada hari tersebut ialah seperti Sepak Takraw, Badminton, Pingpong, Catur, Karrom, Bowling dan Futsal. Acara SUKPEN tersebut mendapat sambutan yang amat baik dari staf LZNK dan ZPP. Acara sukan yang julung-julung kali dibuat ini telah dimenangi oleh LZNK. Tahniah diucapkan