A+ R A-

Sudah Jatuh Ditimpa Tangga

17 Januari 2018, Kepala Batas : Puan Robiah bt Ismail yang telah kematian suaminya pada tahun lepas, telah diuji sekali lagi dengan kemalangan motosikal anaknya pada bulan Disember 2017 yang lalu. Pada jam 11 malam hari kejadian, anaknya yang berumur 30 tahun itu, keluar membonceng motosikal untuk membeli makanan untuk ibunya, namun malang tidak berbau, motosikal yang ditungganginya terbabas dan terlibat dalam kemalangan. Kini anaknya itu sepenuh masa terlantar di Hospital Kepala Batas akibat kecederaan otak yang serius.

Setelah kemalangan tersebut, Puan Robiah telah kehilangan sumber pendapatan untuk menyara keluarga kerana sebelum ini sumber pendapatan keluarga bergantung sepenuh pada anaknya itu. 

Sehubungan itu, ZPP akan menyalurkan bantuan berupa kewangan bulanan kepada Puan Robiah bagi meringankan beban yang ditanggungnya. Doa kita agar anaknya kembali sihat seperti sedia kala. Terima kasih kepada Hospital Kepala Batas diatas kerjasama yang diberikan.

IMG 9232

IMG 923700Kakitangan zakat memberi penerangan tentang cara permohonan borang.

IMG 9252Sumbangan tunai diserahkan.

Screen Shot 2018 01 17 at 4.39.26 PM copy

Keratan Facebook yang viral untuk memohon bantuan.

Harga Emas Semasa:RM166.91

Nisab: RM14,700

KUTIPAN DAN AGIHAN
(Sehingga JANUARI 2018) 
Kutipan RM17,000,378.38
Agihan RM7,317,379.25

news

ezakatJompay

galeri

hubungi

hubungi

No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466
Copyright © 2013 Zakat Pulau Pinang
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, IE8 browser, Mozilla Firefox, Chrome