A+ R A-

PAKEJ BANTUAN KHAS ZAKAT COVID-19 FASA 2

 New Project 44

Penularan wabak Covid-19 yang meruncing di seluruh dunia pada ketika ini telah menyebabkan keadaan sosial dan ekonomi global menjadi tidak menentu.

Perintah kawalan pergerakan yang dilanjutkan oleh pihak kerajaan sebagai langkah pembendungan akan penularan wabak berbahaya ini sangat signifikan, memandangkan banyak premis kerajaan, swasta dan persendirian ditutup atau dihentikan operasinya. Namun begitu, bagi para pemandu teksi sepenuh masa, pemandu khidmat e-hailing sepenuh masa dan pekerja gaji harian sepenuh masa yang memperolehi pendapatan yang tidak seberapa, mereka sangat terkesan dan bakal kehilangan punca pendapatan memandangkan itulah punca utama sumber pendapatan keluarga. Kehidupan mereka bakal terhimpit dengan pelbagai lagi masalah pada masa akan datang. Justeru, pihak Zakat Pulau Pinang melancarkan Pakej Bantuan Khas Ekorang Penularan Covid-19 untuk fasa kedua.

 

OBJEKTIF

  1. Meringankan beban golongan asnaf fakir dan miskin yang berdepan masalah kehilangan punca pendapatan keluarga, seterusnya diharap mampu memberikan sinar kegembiraan disebalik kebimbangan berkenaan penularan wabak Covid-19 dan kesempitan wang.
  2. Mewujudkan hubungan lebih erat di antara Zakat Pulau Pinang dengan para golongan asnaf yang terlibat.
  3. Suatu bentuk sokongan kepada pihak pemerintah sama ada di peringkat persekutuan dan negeri memandangkan pihak kerajaan melalui agensi seperti Kementerian Kesihatan, PDRM, Jabatan Imigresen, pihak berkuasa tempatan dan sebagainya yang sentiasa bertungkus lumus dalam membendung penularan wabak ini disamping turut sentiasa menjaga keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia.

 

KUMPULAN SASARAN

Pakej Bantuan Khas ini menyasarkan kumpulan asnaf seperti berikut:

  1. Pemandu teksi sepenuh masa.
  2. Pemandu khidmat e-hailing sepenuh masa.
  3. Pekerja gaji harian sepenuh masa.

 

SYARAT DAN KELAYAKAN

  1. Beragama Islam
  2. Warganegara Malaysia serta bermastautin dan menjalankan perniagaan di Pulau Pinang sahaja.
  3. Pemohon menjalankan perkhidmatan teksi dan e-hailing sepenuh masa. 
  4. Bekerja sepenuh masa dengan mendapat gaji secara harian.
  5. Berpendapatan di bawah RM2,000.00 sebulan.
  6. Pemohon tidak mempunyai simpanan wang tunai melebihi RM5,000.00.
  7. Hanya KETUA KELUARGA  sahaja layak memohon bagi setiap keluarga atau isi rumah iaitu seperti berikut:kategori Pemohon
  8. Mengisi dan melengkapkan borang yang disediakan oleh pihak ZPP secara atas talian dan menyimpan maklumat sebagai rujukan peribadi.
  9. Hanya permohonan yang lengkap beserta dokumen yang diperlukan sahaja akan diproses.

 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  1. Salinan kad pengenalan.
  2. Salinan pengesahan akaun bank.
  3. Permit dan lesen PSV (pemandu teksi & e-hailing).
  4. Penyata pendapatan terkini (pemandu e-hailing).
  5. Pengesahan majikan (pekerja gaji harian, sekiranya ada).

Permohonan telah ditutup. Terima Kasih

 

 

Harga Emas Semasa: RM 239.87 

Nisab: RM 15885.00  

KUTIPAN DAN AGIHAN
(Setakat April 2020)
Kutipan: 
RM 29,765,350.69

Agihan: RM 52,935,702.74

 

  ezakatJompay

galeri

  news

  hubungi 

 

No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466
Copyright © 2020 Zakat Pulau Pinang
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, IE8 browser, Mozilla Firefox, Chrome