Kerjaya
A+ R A-

Kerjaya

KERJAYA

ZAKAT PULAU PINANG, MAINPP merupakan sebuah organisasi yang menguruskan kutipan dan agihan zakat di negeri Pulau Pinang.  Visi kami adalah untuk menjadi sebuah organisasi terunggul dan berwibawa dengan bermisikan pengurusan dana zakat dengan adil, cekap, telus dan berkesan serta menyedar dan mendidik umat Islam untuk menunaikan kewajipan berzakat di Zakat Pulau Pinang, MAINPP ke arah kesempurnaan ibadah.

Sebagai makluman, Zakat Pulau Pinang, MAINPP mempunyai tujuh buah kaunter cawangan selain di Ibu Pejabat di Bandar Perda, Bukit Mertajam bagi memberi kemudahan kepada masyarakat Islam khususnya di Pulau Pinang bagi mendapatkan perkhidmatan pembayaran zakat mahupun bantuan daripada sumber zakat.

Bagi memastikan hasrat dan tanggungjawab ini tercapai, kami memerlukan calon-calon yang berkebolehan dan bermotivasi tinggi serta berminat membina kerjaya dengan kami bagi mengisi kekosongan yang ada.

JAWATAN DI ZAKAT PULAU PINANG, MAINPP

1. KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF (KPE)

2.  EKSEKUTIF ZAKAT

3. PENOLONG EKSEKUTIF ZAKAT

4. PEMBANTU EKSEKUTIF ZAKAT

5. PENOLONG JURUTERA

6. JURUTEKNIK TEKNOLOGI MAKLUMAT

7. PEMANDU

JAWATAN DI PUSAT HAEMODIALISIS ZAKAT, ZAKAT PULAU PINANG, MAINPP

1. PENGURUS

2. PENOLONG AKAUNTAN

JAWATAN DI INAPAN KASIH SAYANG, ZAKAT PULAU PINANG, MAINPP

1. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM

 

 SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Sila KLIK dibawah untuk memuat turun iklan dan syarat-syarat kelayakan.

1. Ketua Pegawai Eksekutif (KPE)

2. Lain-Lain Jawatan

CARA MEMOHON

Calon-calon yang berminat adalah dipelawa mengisi Borang Permohonan Jawatan (klik untuk muat turun) dan mengemukakan surat permohonan dengan menyatakan jawatan yang dipohon beserta keterangan peribadi yang lengkap (resume/curriculum vitae) mengenai kelayakan dan pengalaman, salinan sijil-sijil akademik dan transkrip akhir, kad pengenalan, sijil kelahiran, nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) selewat-lewatnya pada 20 OGOS 2018 (ISNIN) kepada :

ZAKAT PULAU PINANG,

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang,

No.4 Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,

14000 Bukit Mertajam.


Harga Emas Semasa:RM157.22

Nisab: RM14,700

KUTIPAN DAN AGIHAN
(Sehingga JULAI 2018) 
Kutipan RM68,971,784.70
Agihan RM59,109,709.46

ezakatJompay

galeri

 news

 hubungi

No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466
Copyright © 2013 Zakat Pulau Pinang
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, IE8 browser, Mozilla Firefox, Chrome