A+ R A-

Sejarah Penubuhan

sejarah

 

23 Oktober 1993

Y.B. Pegawai Kewangan Negeri, Y.B. Dr. Haji Mohd Shahar bin Sidek telah membentangkan satu kertas kerja berkaitan penubuhan syarikat milik penuh (100%) MAINPP bagi urusan pungutan zakat di negeri Pulau Pinang.

 

 01 Jun 1994

Syarikat As-Sahabah Urus Zakat Sdn. Bhd. (ASUZ) telah didaftarkan oleh MAINPP sebagai syarikat petugas amil bagi pihak MAINPP – nombor syarikat 302434 A dengan pelaburan modal sejumlah RM1,019,658.00 dan diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai sebuah syarikat sendirian berhad milik penuh MAINPP.

 

01 September 1994

ASUZ telah memulakan operasi sepenuhnya dengan menggunakan nama Pusat Urus Zakat Negeri Pulau Pinang atau ringkasnya PUZ sebagai nama pejabat bagi ASUZ bertujuan untuk mengekalkan ‘public interest’ terhadap institusi zakat.

 

26 April 2012

Penjenamaan semula nama dan logo Pusat Urus Zakat, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang kepada nama korporat yang baru iaitu Zakat Pulau Pinang. Penjenamaan ini telah disempurnakan oleh TYT Tun Dato Seri Utama Dr Hj Abdul Rahman Hj Abbas, Yang diPertua Negeri Pulau Pinang.

 

BIDANG KUASA

Di peringkat awal penubuhan, bidang kuasa Zakat Pulau Pinang hanyalah sekadar mengumpulkan zakat harta di sekitar Pulau Pinang dan Seberang Perai. MAINPP masih memainkan peranan untuk mengumpulkan zakat fitrah dan mengagihkan dana zakat di negeri Pulau Pinang.

Namun, kejayaan Zakat Pulau Pinang meningkatkan kutipan zakat harta dari RM 0.19 juta pada tahun 1994 kepada RM 9.36 juta pada tahun 1998 telah meyakinkan MAINPP bahawasanya Zakat Pulau Pinang amat berpotensi untuk menguruskan operasi kutipan dan agihan zakat sekaligus.

Pada bulan Mac 1999, MAINPP telah memberi kepercayaan penuh kepada Zakat Pulau Pinang untuk mengendalikan sepenuhnya kedua-dua operasi kutipan dan agihan zakat bagi negeri Pulau Pinang dan juga kutipan dan agihan zakat fitrah.

 

KUTIPAN ZAKAT DI AWAL PENUBUHAN

Zakat Pulau Pinang memulakan operasi awalnya pada 27 Disember 1994 berpusat di Taman Selat, Butterworth. Pada peringkat awal penubuhan, terdapat tiga cawangan kaunter perkhidmatan zakat telah dibuka iaitu di Taman Selat, Butterworth, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP), dan di Kompleks Bukit Mertajam.

Kini, Zakat Pulau Pinang telah menambah enam (6) lagi cawangan kaunter perkhidmatan zakat iaitu di Nibong Tebal, Bayan Baru, Balik Pulau, Kepala Batas, Lebuh Buckingham dan Ayer Itam.

Pada 3 Januari 2005, Zakat Pulau Pinang mengorak langkah yang lebih besar apabila berjaya memiliki bangunan sendiri di Bandar Perda, Bukit Mertajam sekaligus menjadikan ia sebagai ibu pejabat Zakat Pulau Pinang yang baru.

 

Antara matlamat penubuhan Zakat Pulau Pinang ialah :-

  1. Meningkatkan kutipan zakat negeri Pulau Pinang
  2. Memperkenal sistem pungutan zakat yang lebih sistematik melalui operasi berkomputer.
  3. Sebagai elemen ingat dan sedar kepada umat Islam bahawa zakat dapat memainkan peranan besar dalam mengukuhkan ekonomi umat Islam.
  4. Menyediakan kemudahan membayar dan mengagihkan wang zakat dengan lebih berkesan dan adil agar pembayar zakat dan umat Islam yakin dan berpuas hati.
  5. Memperkenal budaya kerja korporat dalam operasi pungutan dan pengagihan kumpulan wang zakat.
  6. Satu institusi zakat yang unggul dan menjadi salah satu teras sosio-ekonomi umat Islam berlandaskan :
  7. Perkhidmatan yang berkualiti
  8. Pengurusan korporat yang mantap dan berdaya maju
  9. Penggunaan teknologi terkini
  10. Pengembelingan dan pembangunan sumber manusia
  11.  Pertalian yang erat dengan semua pihak

 

Harga Emas Semasa:RM171.87
Nisab: RM14,000

KUTIPAN DAN AGIHAN
(Sehingga Mei 2017) 
Kutipan RM35,838,784.73
Agihan RM34,701,455.18

news

ezakatJompay

galeri

hubungi

hubungi

No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466
Copyright © 2013 Zakat Pulau Pinang
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, IE8 browser, Mozilla Firefox, Chrome