A+ R A-

Program Pembudayaan Amalan 5s ZPP

5S loGO   Bunga 5S

 ZAKAT PULAU PINANG KE ARAH PENSIJILAN 5S  


CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA INDUK 5S ZPP

AJK 5s 


DEFINISI 5S

5S merupakan satu amalan budaya daripada masyarakat Jepun, dengan fokus untuk mewujudkan satu suasana kualiti di sesebuah organisasi yang mampu memastikan standard yang ditetapkan serta menerapkan semangat untuk penambahbaikan berterusan. 5S merupakan singkatan kepada perkataan Jepun iaitu Seiri (Sisih), Seiton (Susun), Seisou (Sapu), Seiketsu (Seragam) dan Shitsuke (Sentiasa Amal)


 APA ITU 5S?

  • Seiri (Sisih) :
    Menyisih barang-barang yang tidak perlu dan membuangnya.
  • Seiso (Sapu) :
    Membersih tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada habuk, kotoran diatas lantai, meja, mesin dan perkakas lain.
  • Seito (Susun) :
    Menyusun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya mudah diambil untuk digunakan.
  • Seiketsu (Seragam) :
    Memelihara tahap penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi setiap masa.
  • Shitsuke (Sentiasa Amal) :
    Melatih pekerja mematuhi peraturan / piawaian yang telah dibuat supaya penjagaan kebersihan bertambah baik dan menjadi budaya.

 POLISI 5S ZPP

Beriltizam mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif bagi melahirkan budaya kerja yang berkualiti dan produktif menerusi kerjasama dan penglibatan berterusan semua warga Zakat Pulau Pinang, MAINPP.


 MATLAMAT 5S ZPP

- Meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan melalui budaya 5s.

- Meningkatkan produktiviti.

- Meningkatkan kemahiran dan kecekapan bekerja.

- Melahirkan persekitaran kerja yang bersih, teratur dan selesa.

- Mendapatkan pengiktirafan persijilan daripada agensi berkaitan.


SLOGAN 5S ZPP

‘5S Peneraju Transformasi dan Inovasi Zakat’


Video Sepintas Lalu Aktiviti Amalan 5s Zakat Pulau Pinang

     

 

 

Harga Emas Semasa:RM177.18
Nisab: RM14,000

KUTIPAN DAN AGIHAN
(Sehingga Julai 2017) 
Kutipan RM54,010,757.56
Agihan RM57,223,047.43

news

ezakatJompay

galeri

hubungi

hubungi

No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466
Copyright © 2013 Zakat Pulau Pinang
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, IE8 browser, Mozilla Firefox, Chrome