A+ R A-

Maklumat Korporat

zakatpp


MISI

  1. Menyedar dan mendidik umat islam untuk menunaikan kewajipan berzakat di Zakat Pulau Pinang kearah kesempurnaan ibadah.
  2. Mengurus dana zakat dengan adil, cekap, telus dan berkesan.

 


VISI

Zakat Pulau Pinang sebagai sebuah organisasi terunggul dan berwibawa.

 


OBJEKTIF

Kutipan

  1. Berusaha meningkatkan jumlah kutipan serta pembayar dari semasa kesemasa.
  2. Memudahkan urusan pembayaran zakat melalui kaedah yang lebih sistematik dan efisyen.
  3. Mendidik dan menyedarkan umat Islam tentang pentingnya ibadah zakat seterusnya menjadikan Zakat Pulau Pinang sebagai pilihan utama pelanggan.
  4. Sentiasa berusaha memastikan pelanggan berpuas hati melalui perkhidmatan terbaik.

Agihan

  1. Memudahcara pengurusan zakat agar dapat memenuhi keperluan masyarakat Islam selaras dengan keperluan semasa.
  2. Memainkan peranan penting dalam program pembangunan masyarakat Islam melalui kemudahan bantuan dalam bidang pendidikan, kebajikan, kesihatan dan pembangunan modal insan.
  3. Mengukuhkan asas kekuatan ekonomi dengan meneroka peluang yang strategik dan berpotensi dalam mengembangkan dana zakat.
  4. Memastikan keperluan asnaf yang mendesak (emergency) disegerakan.
  5. Memberi layanan kaunter dangan cekap dan berkesan.
  6. Memberi jawapan kepada aduan pelanggan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas aduan diterima.

 


PIAGAM PELANGGAN 

" Kami bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti dan memuaskan hati pelanggan serta layanan yang mesra dan adil kepada pembayar dan penerima bantuan zakat."

"Dengan itu kami berjanji"

Petugas Zakat Pulau Pinang (Amil)

  1. Memberi maklumat yang jelas dan tepat berkaitan zakat.
  2. Menyediakan kemudahan pembayaran zakat yang terbaik melalui pelbagai kaedah.
  3. Memastikan urusan pembayaran di kaunter tidak melebihi 5 minit.
  4. Menghantar penyata bayaran zakat tahunan kepada pembayar yang membayar melalui skim berkat tidak melebihi 31 Mac pada tahun berikutnya.
  5. Memastikan pengagihan Zakat selaras dengan ketetapan syarak.
  6. Memberi layanan yang mesra kepada semua yang berurusan di kaunter-kaunter perkhidmatan Zakat.
  7. Menerima semua borang permohonan bantuan yang lengkap dan memproses dalam tempoh 20 hari bekerja.
  8. Memproses bantuan segera yang layak serta merta.

 


rlogo

 

 

 

 

 

 

Harga Emas Semasa:RM172.78

Nisab: RM14,000

KUTIPAN DAN AGIHAN
(Sehingga NOVEMBER 2017) 
Kutipan RM83,839,675
Agihan RM88,647,402

news

ezakatJompay

galeri

hubungi

hubungi

No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466
Copyright © 2013 Zakat Pulau Pinang
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, IE8 browser, Mozilla Firefox, Chrome
 galitsyna-show.com - rysowanie piaskiem.