A+ R A-

Persoalan Zakat

Hukum membayar cukai pendapatan adalah wajib kerana ia adalah arahan pihak berkuasa pemerintah. Tindakan penguasa ke atas sesuatu perkara yang diharuskan perlu dipatuhi agar kemaslahatan rakyat dapat dicapai. Membayar zakat adalah satu perkara yang lain iaitu sebagai memenuhi tuntutan agama bagi membersihkan harta yang dimiliki di sisi syarak. Bagaimanapun, mereka yang telah membayar zakat boleh mendapat pelepasan daripada membayar cukai.

Zakat ke atas pendapatan bagi penggajian adalah wajib dikeluarkan sebagaimana yang telah di fatwakan oleh kebanyakan ulama muta'akhirin termasuk Prof. Dr. Yusof al-Qardhawi, demikian juga oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang dihadiri oleh mufti-mufti seluruh Malaysia.

Ia termasuk dalam 'mal al-mustafad' (harta yang memberi faedah). Yang dimaksudkan dengan pendapatan yang wajib dizakatkan itu ialah imbuhan atau perolehan yang didapati oleh individu daripada majikan atau individu sama ada pemberian dalam bentuk tenaga serta perkhidmatan professional atau fizikal dalam tempoh harian, bulanan atau tahunan yang boleh dikenakan zakat. Di negeri Pulau Pinang, Jawatankuasa Syariah Negeri telah memfatwakan zakat pendapatan adalah wajib pada 04 Disember 1989. Nas/dalil yang mewajibkannya adalah:

Firman Allah SWT: "Wahat orang-orang yang beriman, keluarkanlah (zakat) sebahagian daripada usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian daripada apa yang telah Kami keluarkan dari bumi untuk kamu" (Al-Baqarah: 267)

Bayaran zakat pendapatan adalah wajib ke atas setiap orang Islam.
Kadar yang wajib dikenakan ialah 2.5%.
Oleh yang demikian, tuan dinasihatkan supaya membayar zakat gaji yang tertangguh 2 tahun lepas (qhada zakat).
Tuan tidak dikenakan sebarang denda.
Pengiraan boleh dibuat berdasarkan pendapatan pada tahun tersebut.

Zakat Pendapatan dan Zakat Simpanan adalah dua jenis zakat yang berbeza walaupun dari sumber yang sama.
Zakat Pendapatan dikira dari sumber pendapatan semasa manakala Zakat Simpanan dikira selepas genap setahun simpanan tersebut dan mencukupi nisab.

Bagi menentukan sama ada wang simpanan tersebut dikenakan zakat atau tidak, hendaklah dipastikan:
a. Genap setahun (1) hijrah dalam simpanan (cukup haul).
b. Mencukupi nisab (85 gram emas X nilai emas semasa) bagi tahun berkenaan.

Contohnya: 85g X RM 142.95 = RM12,150.75.
Maknanya wang simpanan hendaklah bersamaan atau melebihi jumlah tersebut.

c. Dikira atas baki terendah dalam setahun.
d. Ditolak faedah.

Sekiranya saudara mempunyai pelbagai akaun simpanan:
a. Untuk menentukan baki terendah, semua akaun simpanan tersebut perlu disatukan. Biarpun mempunyai pelbagai akaun simpanan, tetapi pada hakikatnya pendeposit mempunyai satu simpanan sahaja.
b. Jika simpanan dalam satu akaun sudah mencukupi nisab, maka simpanan di dalam akaun-akaun lain (walaupun kurang dari nisab) adalah diwajibkan zakat.

Wajib dikeluarkan zakat pada setiap tahun mengikut jumlah simpanan yang mencukupi nisab dan haul.

Bagi menjawab kemusykilan ini, perlu dilihat kepada maksud fakir dan miskin.

Fakir ialah orang yang tidak mempunyai harta dan tidak mempunyai pekerjaan atau ada pekerjaan tapi tidak cukup untuk menampung sara hidupnya, umpamanya ia cuma ada pekerjaan yang pendapatannya RM 5.00 sehari sedangkan perbelanjaannya sebanyak RM 10.00 sehari.
Orang yang tidak bekerja atau bekerja sedikit kerana malas sedangkan bertenaga dan ada kerja tidak termasuk dalam golongan ini dan tidak boleh menerima zakat.

Miskin pula ialah orang yang ada harta dan pekerjaan tetapi tidak cukup untuk perbelanjaan dalam sehari. Berdasarkan kepada itu, zakat boleh diberikan kepada individu seperti yang diterangkan dalam nombor (i).<br
Bagi nombor (ii), hendaklah dipastikan pendapatannya secara jelas.
Perlu diingat bahawa zakat hendaklah diberi kepada asnaf tersebut yang berada dalam mukim atau daerah tempat kita tinggal terlebih dahulu.
Jika telah dipastikan tiada, bolehlah dicari di tempat lain.

Adalah lebih baik sekiranya zakat dibayar terus kepada amil yang telah dilantik oleh pemerintah bagi mengelakkan fitnah iaitu di kaunter pungutan zakat yang berhampiran.
'Amil-amil zakat yang dilantik oleh sultan atau pemerintah akan menguruskan pembahagian zakat anda kepada yang berhak.
Adalah menjadi kesalahan syariah di negeri Pulau Pinang sekiranya membayar tidak kepada amil yang dilantik.

 

  1. Saya mengeluarkan wang dari simpanan KWSP, adakah perlu dikeluarkan zakat setelah wang tersebut saya terima?
  2. Saya kurang faham berkaitan dengan zakat saham. Ini adalah kerana sebelum ini saya belum pernah mendengar adanya zakat saham ini. Bolehkah ustaz terangkan kepada saya?
  3. Apakah perbezaan antara zakat bahan galian dan zakat emas dan perak?
  4. Saya ingin mengetahui berkaitan dengan zakat padi. Saya ingin mengetahui bagaimanakah pengiraan zakat padi di negeri Pulau Pinang?  
  5. Apakah hukum zakat fitrah dan adakah seorang bapa berkewajiban membayar zakat fitrah terhadap anak-anak dan pembantunya?
  6. Ayah saya telah meninggal sewaktu musim haji baru-baru ini. Semasa hayatnya, arwah ayah saya menunaikan zakat fitrah untuk dirinya, ibu saya dan adik perempuan saya yang masih di bawah tanggungannya. Soalan saya, siapakah yang dipertanggungjawabkan untuk menunaikan zakat fitrah ibu dan adik saya setelah ketiadaan ayah saya?
  7. Saya tidak membayar zakat fitrah pada tahun lepas kerana terlibat dalam kemalangan jalanraya dan terlantar di hospital. Soalan saya, bagaimana saya hendak membayar denda zakat tersebut. Saya harap ustaz dapat membantu saya.
  8. Apakah hukumnya mengagihkan zakat kepada golongan bukan Islam berdasarkan keadaan mereka yang dhaif serta uzur?

Harga Emas Semasa: RM 211.83  

Nisab: RM 15885.00  

KUTIPAN DAN AGIHAN
(Setakat Februari 2020)
Kutipan: 
RM 14,684,565.20

Agihan: RM 27,813,731.31

 

  ezakatJompay

galeri

  news

  hubungi 

 

No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466
Copyright © 2020 Zakat Pulau Pinang
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, IE8 browser, Mozilla Firefox, Chrome