Bantuan Bencana Alam
Objektif :
Meringankan beban sementara yang ditanggung oleh individu yang terlibat dengan bencana alam dan musibah seperti kebakaran dan ribut dan sebagainya yang menyebabkan kerosakan atau kemusnahan harta benda.
Syarat- syarat :
1. Pemohon mestilah memenuhi syarat- syarat umum bantuan zakat.
2. Pemohon mestilah pemastautin di Negeri Pulau Pinang dan premis yang mengalami kerosakan / kemusnahan mestilah dalam negeri Pulau Pinang.
3. Permohonan mestilah dibuat atas nama ketua keluarga.
4. Permohonan mestilah disertai dengan salinan laporan polis dan laporan mestilah di atas nama pemohon ataupun isi rumah yang terlibat.
5. Permohonan hanya akan dipertimbangkan untuk kerosakan ruang kediaman sahaja
6. Permohonan bantuan untuk kerosakan bagi primis perniagaan diatas budibicara Zakat Pulau Pinang.
Cara – cara memohon :
1. Setiap permohonan yang diterima akan disiasat dan keputusan akan dibuat berdasarkan laporan siasatan yang dikemukakan.
2. Bantuan awal (kecemasan) sebanyak RM500.00 akan disalurkan, jika perlu sebelum permohonan diproses.
3. Permohonan hanya akan dipertimbangkan untuk kes-kes semasa sahaja (sebulan).
4. Bantuan boleh disalurkan samada dalam bentuk tunai ataupun baik pulih premis pemohon
5. Sekiranya premis memerlukan baik pulih, permohonan akan diberi keutamaan
6. Bagi kes-kes yang memerlukan bantuan bina rumah akibat bencana alam, ZAKAT PULAU PINANG dengan budi bicara boleh mempertimbangkan permohonan yang dikemukakan sekiranya memenuhi syarat-syarat bantuan bina rumah (perkara 3.2) dan kaedah pelaksanaannya adalah seperti kaedah pelaksanaan bantuan bina rumah (perkara 3.2)