Bantuan Rawatan Perubatan
i) Bantuan Perubatan Ringan
Objektif :
Membantu meringankan beban golongan Fakir dan Miskin yang tidak mampu bagi menampung pembiayaan kos perubatan samada di pusat perubatan kerajaan ataupun swasta.
Syarat- syarat :
1. Pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat umum bantuan zakat.
2. Pemohon mestilah pemastautin di Negeri Pulau Pinang.
3. Permohonan mestilah melalui ketua keluarga
4. Pemohon mestilah mengemukakan laporan / pengesahan pegawai perubatan daripada pusat-pusat perubatan yang diiktiraf oleh ZAKAT PULAU PINANG.
Cara – cara memohon :
1. Pemohon hendaklah mengemukakan surat pengesahan kos rawatan, bil-bil rawatan asal (sekiranya telah dibayar), tarikh rawatan, jenis peralatan yang diperlukan dan sebagainya yang berkaitan.
2. Bagi kes-kes rawatan di hospital kerajaan, permohonan lengkap hendaklah dikemukakan melalui hospital.
3. Bagi kes bantuan peralatan perubatan, permohonan mestilah dikemukakan bersama-sama sebut harga peralatan tersebut dari pembekal.
4. ZAKAT PULAU PINANG akan berhubung terus dengan pembekal samada dengan mengeluarkan surat jaminan atau pesanan tempatan kepada pembekal bagi membolehkan pesakit mendapatkan peralatan.
5. Bagi sesetengah kes rawatan kecemasan atau pesakit yang memerlukan rawatan berterusan, ZAKAT PULAU PINANG akan mengeluarkan surat jaminan kepada pusat rawatan berkenaan.
6. Bagi bantuan perubatan secara bulanan, tuntutan mestilah dibuat beserta dengan resit-resit asal pada setiap awal bulan.
______________________________________________________________________________________________________________
ii) Bantuan Rawatan / Pembedahan
Objektif :
Membantu pesakit-pesakit yang menghadapi penyakit-penyakit kronik yang memerlukan rawatan ataupun pembedahan seperti kegagalan fungsi buah pinggang yang memerlukan rawatan dialisis, kanser dan sebagainya
Syarat- syarat :
1. Memenuhi syarat-syarat umum bantuan zakat.
2. Mendapat pengesahan / laporan perubatan dari pihak-pihak yang diiktiraf.
3. Pesakit-pesakit tidak mempunyai pembiayaan ataupun mempunyai pembiayaan tetapi masih tidak mencukupi.
Cara – cara memohon :
1. Permohonan hendaklah disertakan dengan:
i. Surat pengesahan / laporan perubatan daripada pihak-pihak yang diiktiraf.
ii. Bil / resit rawatan yang asli
2. Siasatan akan dibuat bagi mengenalpasti kedudukan sosial dan ekonomi pesakit.
3. Bagi bantuan kepada pesakit buah pinggang, hanya kos rawatan dialisis dan suntikan ubat erypoeitinyang akan dipertimbangkan
4. Pembiayaan di bawah skim ini dibuat dalam dua cara iaitu:
i. Pesakit membayar dahulu kos rawatan dan mengemukakan tuntutan kepada ZAKAT PULAU PINANG melalui resit-resit resit-resit bayaran yang asli.
ii.Bayaran terus ke pusat-pusat rawatan melalui invois-invois yang dikemukakan.
5. Setiap tuntutan mestilah dibuat sebelum 10 haribulan setiap bulan
6. Bagi pesakit kegagalan fungsi buah pinggang, pesakit-pesakit akan dipindahkan ke PHZ setelah didapati fistulanya telah boleh digunakan untuk rawatan haemodialisis.