A+ R A-

Bantuan Awal Persekolahan

IMG 2753le

Objektif:

Memberi bantuan kepada golongan asnaf Fakir dan Miskin yang mempunyai anak-anak yang menuntut disekolah rendah atau menengah agar tidak tercicir dalam pelajaran dan seterusnya meningkatkan taraf sosial keluarga.

Syarat-syarat:

 1. Pemohon mestilah memenuhi syarat umum bantuan Zakat

2. Pemohon mestilah pemastautin di Negeri Pulau Pinang

3. Permohonan mestilah dibuat pada hujung tahun sebelum sesi seterusnya bermula atau pada awal sesi  persekolahan.

4. Permohonan mestilah disertakan dengan surat pengesahan dari sekolah-sekolah yang anak-anak pemohon belajar.

5. Permohonan mestilah mendapat pengesahan / sokongan daripada pengerusi Kariah tempat pemohon bermastautin.

6. Permohonan bantuan awal persekolahan tidak termasuk Pra-sekolah, Tadika, Taski atau IPT.

 7. Syarat pendapatan serta tanggungan yang layak adalah seperti berikut :

    i) Pendapatan kasar (termasuk elaun) RM1,500.00 dengan 2 orang bersekolahan

    ii) Pendapatan kasar (termasuk elaun) RM2,000.00 dengan 3 orang anak bersekolah.

    iii) Pendapatan kasar (termasuk elaun) RM2,500.00 dengan 4 orang anak bersekolah.

Cara- cara Memohon:

1. Permohonan mestilah dibuat melalui borang bantuan zakat yang dikeluarkan oleh MAINPP

2. Permohonan mestilah dibuat atas nama ketua keluarga / waris

3. Permohonan hanya akan dipertimbangkan sekali sahaja dalam setahun

4. Permohonan hanya akan dipertimbangkan untuk tanggungan yang mempunyai surat sokongan sahaja

5. Untuk bantuan kemasukan ke asrama, permohonan akan dipertimbangkan mengikut kes berdasarkan pendapatan isi rumah dan tanggungan.

NOTA : Borang Bantuan Persekolahan boleh diambil bermula 18 September 2018 ( Selasa ) dan perlu dikembalikan pada @ sebelum 31 Oktober 2018 ( Rabu )

Harga Emas Semasa: RM163.90

Nisab: RM14,700

KUTIPAN DAN AGIHAN
(Sehingga SEPTEMBER 2018) 
Kutipan RM83,030,747.79
Agihan RM72,947,549.52

ezakatJompay

galeri

 news

 hubungi

No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466
Copyright © 2013 Zakat Pulau Pinang
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, IE8 browser, Mozilla Firefox, Chrome