A+ R A-

Bantuan Kewangan Sekaligus

Objektif :

Membantu golongan Asnaf Fakir dan Miskin yang  bersifat sementara yang tidak berkelayakan untuk menerima bantuan kewangan / makanan bulanan.

Syarat- syarat :

1. Pemohon mestilah memenuhi syarat - syarat umum bantuan zakat

2. Permohonan mestilah dibuat atas nama ketua keluarga.

3. Tiada pendapatan atau berpendapatan tetapi tidak mencukupi had keperluan asasi

4. Pemohon mestilah tergolong dalam Asnaf Fakir dan Miskin yang menghadapi masalah-masalah berikut :

       i.  Mempunyai ramai tanggungan yang masih belajar atau tiada keupayaan untuk bekerja

       ii.  Berpenyakit yang menghalang pemohon bekerja

     iii.  Tiada waris

    iv.  Cacat fizikal dan mental

    v.  Uzur

    vi.  Mempunyai sumber pendapatan tetapi tidak mencukupi pada masa-masa tertentu

  vii.  Isteri yang keputusan belanja akibat kematian suami atau suami di tahan pihak berkuasa dan sebagainya.

   viii.  Lain-lain kes yang tiada dalam senarai tetapi didapati boleh dipertimbangkan

5. Permohonan mestilah mendapat pengesahan / sokongan daripada pengerusi Kariah tempat pemohon bermastautin

6. Pemohon tinggal berasingan daripada waris yang berkewajipan menyaranya dari segi syarak.

Cara – cara memohon :

1. Permohonan hendaklah melalui borang permohonan bantuan yang dikeluarkan oleh Zakat Pulau Pinang.

2. Permohonan akan dipertimbangkan sekali sahaja setahun, manakala bagi permohonan kali kedua, hanya akan dipertimbangkan mengikut kes.

3. Jika berlaku permohonan bertindih, kelulusan adalah mengikut keperluan semasa

Harga Emas Semasa:RM175.26

Nisab: RM14,000

KUTIPAN DAN AGIHAN
(Sehingga Ogos 2017) 
Kutipan RM60,401,528.64
Agihan RM68,697,679.83

news

ezakatJompay

galeri

hubungi

hubungi

No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466
Copyright © 2013 Zakat Pulau Pinang
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, IE8 browser, Mozilla Firefox, Chrome
 восстановление для audi автоматической коробки