Bantuan Kewangan Bulanan
Objektif :
Meringankan bebanan kewangan golongan Fakir dan Miskin yang memerlukan bantuan saraan yang tetap setiap bulan.
Syarat- syarat :
1. Pemohon mestilah memenuhi syarat- syarat umum bantuan Zakat
2. Tiada pendapatan atau berpendapatan tetapi tidak mencukupi had keperluan asasi
3. Keutamaan akan diberikan kepada kategori penerima berikut:
i. Warga Emas/Uzur
ii. Berpenyakit kronik
iii. Ibu tunggal / tinggal
iv. Mempunyai ramai tanggungan yang masih belajar atau tiada keupayaan untuk bekerja
v. Cacat fizikal / mental
vi. Belum atau telah menerima bantuan daripada agensi lain tetapi tidak mencukupi had keperluan asasi.
vii. Pendapatan berkapita keluarga tidak melebihi RM200.00
4. Permohonan mestilah mendapat pengesahan / sokongan daripada Pengerusi, timbalan pengerusi, dan imam 1 Kariah tempat pemohon bermastautin.
5. Permohonan mestilah atas nama ketua keluarga (termasuk yang berpoligami) kecuali ibu tinggal.
6. Permohonan boleh dibuat atas nama isteri sekiranya :
i. Suami disahkan tidak melaksanakan tanggungjawab
ii. Dokumen pengenalan suami disahkan sukar untuk diperolehi
iii. Suami dipenjara atau pusat serenti
Cara – cara memohon :
1. Permohonan mestilah menggunakan Borang Bantuan Zakat yang disediakan oleh ZAKAT PULAU PINANG
2. Setelah permohonan diterima, ZAKAT PULAU PINANG akan melakukan siasatan ke premis permohon.
3. Pemohon yang berjaya akan diminta membuka mana-mana akaun bank dan menyerahkan satu salinan buku bank yang bercetak nama dan nombor akaun pemohon.
4. Bagi pemohon yang berpoligami atau didapati tidak bertanggungjawab, bayaran akan dibuat atas nama isteri
5. Bagi kes tertentu seperti anak yatim, OKU, pesakit kronik dan lumpuh bayaran boleh dibuat melalui wakil penerima yang diamanahkan oleh penerima.
6. Bagi kes pemohon yang tidak mengemaskini maklumat, ZAKAT PULAU PINANG berhak mendapatkan maklumat daripada Pengerusi Kariah berkenaan.
7. Bagi pertukaran nama penerima (kematian pemohon asal), pemohon baru perlu mengisi Borang Pertukaran Penama.
8. ZAKAT PULAU PINANG berhak memberhentikan bantuan dalam situasi berikut:
i. Maklumat yang diberikan pemohon tidak benar
ii. Tidak mengemaskini maklumat seperti yang disyaratkan
iii. Berpindah keluar dari negeri Pulau Pinang
iv. Akaun tidak aktif – tiada transaksi pengeluaran wang untuk tempoh 3 bulan
v. Ekonomi keluarga bertambah kukuh
vi. Pesakit telah sembuh atau meninggal dunia