Klinik Bergerak Zakat
Satu inisiatif Zakat Pulau Pinang dalam memberi rawatan perubatan ringan secara percuma kepada penduduk islam di Pulau Pinang. Menggunakan van sebagai medium untuk bergerak untuk beroperasi disekitar qariah seluruh Pulau Pinang dan telah beroperasi sejak dari tahun 2004. Selain perkhidmatan rawatan, ubat- ubatan turut di sertakan bagi mereka yang memerlukan. Terdapat seorang doktor dan juga jururawat yang dipertangungjawabkan bagi menjayakan program ini.