Atrium & Cafe
Merupakan pusat pengumpulan, pameran & jualan bagi produk asnaf untuk dipasarkan. Produk hasil daripada Gerak Asnaf Katering dikumpul, dipamer dan dipasarkan di sini.
Dalam pada yang sama turut diwujudkan café yang diberi nama Café MyRasa. Café ini menjual makanan dan minuman kepada masyarakat sekeliling. Pekerja café MyRasa terdiri daripada asnaf fakir miskin dan ibu tunggal. Mula beroperasi pada Julai 2006 dan lokasinya ialah di Bandar Perda, Bukit Mertajam, bersebelahan IbuPejabat Zakat Pulau Pinang, bandar Perda.