A+ R A-

12 November 2018 : Program Penyerahan Baucar Kelengkapan Persekolahan

12 November 2018, Bukit Mertajam : ZPP sedang mengadakan program serahan baucar kelengkapan persekolahan kepada sekolah- sekolah di Pulau Pinang yang bertempat di gudang penyimpanan barangan kelengkapan persekolahan ZPP. Program agihan baucar kelengkapan persekolahan berkenaan bermula pada hari Isnin (12/11/2018) sehingga hari Jumaat ( 16/11/2018 ). Baucar tersebut diagihkan kepada guru-guru yang hadir bagi mewakili sekolah masing-masing.

Sebanyak 6,500 keping baucar telah dan akan diagihkan kepada guru - guru bagi setiap sekolah dengan nilai sekeping baucar berkenaan berjumlah RM150.00. Baucar tersebut akan diserahkan kepada murid - murid yang telah dipilih oleh pihak sekolah berdasarkan kelayakkan yang ditetapkan oleh ZPP sendiri. baucar tersebut boleh ditebus di kedai-kedai pakaian persekolahan yang dilantik oleh ZPP. Untuk makluman, ZPP memperuntukkan 25,000 keping baucar dengan nilai keseluruhan berjumlah RM3,750,000.00 untuk diagihkan.

IMG 2905

IMG 2916

IMG 2930

IMG 2936

 

 

Harga Emas Semasa: RM 196.04

Nisab: RM14,000

KUTIPAN DAN AGIHAN
(sehingga November 2019)
Kutipan: 
RM 97,131.594.84
Agihan: RM 100,469,571.10

ezakatJompay

galeri

 news

 hubungi

No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466
Copyright © 2013 Zakat Pulau Pinang
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, IE8 browser, Mozilla Firefox, Chrome