A+ R A-

14 Mei 2018 - Program Nur Ramadhan 2018 Siri 1

14 Mei 2018, Kepala Batas : Program Nur Ramadhan merupakan program tahunan yang diadakan bagi mengagihkan bantuan  kepada asnaf fakir miskin sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Program siri 1 pada kali ini telah berlangsung di Dewan Millenium, Kepala Batas dengan kehadiran seramai 2,047 penerima bantuan bagi sekitar daerah Seberang Perai. Jumlah nilai bantuan yang diserahkan pada majlis ini adalah sebanyak RM1,389,913.00 berupa wang tunai, hamper makanan dan beras. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Hj Abdul Malik Bin Abul Kassim, YDP Majlils Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Nilai agihan bantuan di sepanjang bulan Ramadhan 1439H / 2018 berjumlah RM 7,575,000.00 

Dalam majlis yang sama, empat buah syarikat koporat telah bersama untuk menyerahkan zakat perniagaan masing-masing. Empat buah syarikat tersebut adalah Celcom Axiata Bhd yang diwakili En. Akry Azam Arudin telah menyerahkan zakat perniagaan yang berjumlah RM83,131.00, Bank Islam Malaysia Bhd yang diwakili Ustaz Hj Mohd Nazri Chik sebagai Ketua Pegawai Syariah telah menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM314,891.68, PLUS Malaysia Bhd yang diwakili oleh YBhg Datuk Azman Ismail sebagai Pengarah Urusan menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM1,266,529.00  dan Tenaga Nasional Bhd diwakili oleh Tuan Haji Jamal Yusoff sebagai Pengurus Besar Stesen Janaelektrik Gelugor telah menyerahkan zakat perniagaan yang berjumlah RM 1,344,832.63

Semoga Ramadhan tahun ini kita semua dikurniakan keberkatan dan kerahmatan oleh Allah s.w.t. Terima kasih pembayar zakat.

IMG 7853

 Ucapan dari YBhg Dato' Hj Sazali Bin Hj Hussein, Pemangku CEO ZPP.

IMG 7916

IMG 7864

IMG 7873

Gimik serahan replika cek peruntukkan bantuan di sepanjang bulan Ramadhan.

IMG 7880

 En. Akry Azam Arudin (kiri) menyerahkan zakat perniagaan kepada YDP MAINPP (kanan)

IMG 7892

 Ustaz Haji Mohd Nazri Chik Ketua, Pegawai Syariah (kiri) wakil dari Bank Islam menyerahkan zakat perniagaan.

IMG 7901

YBhg Datuk Azman Ismail, Pengarah Urusan PLUS (kiri) menyerahkan zakat perniagaan.

IMG 7910

 Tuan Haji Jamal Yusoff, Pengurus Besar Syesen Janaelektrik Gelugor (kiri) menyerahkan zakat perniagaan.

IMG 7953

Kesemua 4 buah syarikat koporat bergambar kenangan.

IMG 7947

Serahan bantuan hamper kepada penerima bantuan zakat.

IMG 7943

IMG 7966

Serahan wang tunai di kaunter.

IMG 7986

IMG 7988

IMG 8011

Penerima menyerahkan kupon bagi mendapatkan hamper barangan makanan.

IMG 8018

 IMG 8052

IMG 8054

IMG 8083

IMG 8090

Harga Emas Semasa: RM 196.04

Nisab: RM14,000

KUTIPAN DAN AGIHAN
(sehingga November 2019)
Kutipan: 
RM 97,131.594.84
Agihan: RM 100,469,571.10

ezakatJompay

galeri

 news

 hubungi

No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466
Copyright © 2013 Zakat Pulau Pinang
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, IE8 browser, Mozilla Firefox, Chrome