17 April 2018 - Lawatan Dari MACMA Pulau Pinang
17 April 2018, Bandar Perda : Hari ini ZPP menerima lawatan dari MACMA Penang ( Malaysia Chinese Muslim Association ), lawatan tersebut yang diketuai oleh Pengerusi MACMA iaitu En. Muhammad Faiz Ghan dan beberapa pegawai kanan dari MACMA Penang. Taklimat ZPP telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, JKP, ZPP, En. Mohd Fuad Bin Mat Isa. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk membina satu rangkaian kerjasama yang lebih erat dalam apa jua aspek dan bertukar idea dan pendapat.