8 Mac 2018 : Lawatan Pusat Jagaan Warga Emas dan Pesakit Mental
8 Mac 2018, Perak : Baru-baru ini, ZPP telah melakukan lawatan ke 3 pusat jagaan warga emas dan mental di Negeri Perak. Lawatan pertama ialah di Chemor iaitu Pusat Jagaan Harmoni dimana ZPP telah menanggung seramai 6 orang pesakit mental. Untuk lawatan kedua iaitu di Pusat Jagaan Warga Emas Al-Ikhlas Rozy yang terletak di Kemunting. Di pusat ini, ZPP menanggung seramai 9 orang pesakit mental dan seorang pesakit terlantar. Untuk lawatan terakhir dan tidak jauh dengan Pusat jagaan Warga Emas Al-Ikhlas Rozy iaitu Pusat Jagaan Warga Emas Aminur Ain (Lelaki), di pusat jagaan tersebut hanya menempatkan dua orang warga emas yang dibantu oleh ZPP. Semua warga emas dan juga pasakit mental adalah dari kalangan keluarga asnaf fakir miskin Pulau Pinang.
Keseleruhan semua pesakit dan juga warga emas tersebut adalah seramai 18 orang. Setiap seorang, ZPP memperuntukkan sebanyak RM700 sebulan bagi meringankan yuran bulanan yang terpaksa ditanggung oleh pihak keluarga tersebut dan jumlah keseluruhan bagi bantuan ialah sebanyak RM12,600 setiap bulan.
Pusat Jagaan Harmoni di Chemor.
Penambahan untuk penghuni jagaan harmoni.
Bahagian wanita di Pusat Jagaan Harmoni.
Pusat Jagaan Warga Emas ( Wanita ) Al Ikhlas Rozi di Kamunting , taiping
Pesakit Mental di bawah selian Pusat Jagaan Al ikhlas Rozy.
Pusat Jagaan Warga Emas Aminur Ain ( lelaki ) Kamunting , taiping