17 Januari 2018 - Sudah Jatuh Ditimpa Tangga
17 Januari 2018, Kepala Batas : Puan Robiah bt Ismail yang telah kematian suaminya pada tahun lepas, telah diuji sekali lagi dengan kemalangan motosikal anaknya pada bulan Disember 2017 yang lalu. Pada jam 11 malam hari kejadian, anaknya yang berumur 30 tahun itu, keluar membonceng motosikal untuk membeli makanan untuk ibunya, namun malang tidak berbau, motosikal yang ditungganginya terbabas dan terlibat dalam kemalangan. Kini anaknya itu sepenuh masa terlantar di Hospital Kepala Batas akibat kecederaan otak yang serius.
Setelah kemalangan tersebut, Puan Robiah telah kehilangan sumber pendapatan untuk menyara keluarga kerana sebelum ini sumber pendapatan keluarga bergantung sepenuh pada anaknya itu.
Sehubungan itu, ZPP akan menyalurkan bantuan berupa kewangan bulanan kepada Puan Robiah bagi meringankan beban yang ditanggungnya. Doa kita agar anaknya kembali sihat seperti sedia kala. Terima kasih kepada Hospital Kepala Batas diatas kerjasama yang diberikan.
Kakitangan zakat memberi penerangan tentang cara permohonan borang.
Sumbangan tunai diserahkan.
Keratan Facebook yang viral untuk memohon bantuan.