A+ R A-

22 Dis 2017 : Lawatan Lanjutan Penerima Bantuan Bulanan

22 Dis 2017, Kuala Juru : Susulan daripada keratan akhbar Harian Metro pada 21 Disember 2017 (Jumaat), ZPP bersama wartawan berkenaan telah mengadakan lawatan kali kedua bagi melihat keadaan penerima bantuan bulanan ZPP tersebut.

Umi Kelsom binti Ree, 61 tahun, seorang ibu tunggal yang mempunyai 4 orang anak, 2 daripadanya sudah berkahwin dan kini menanggung 2 orang anak yang salah seorang daripadanya adalah OKU berumur 33 tahun dan seorang lagi berumur 19 tahun. Ibu tunggal tersebut tidak bekerja dengan pendapatan hanya bergantung pada sumbangan anak- anak. Dia tidak terdaya untuk menampung kos perbelanjaan anak OKU tersebut yang semakin hari semakin meningkat. Umi Kelsom adalah penerima bantuan bulanan ZPP yang berjumlah RM350.00 bermula dari tahun 2012 hingga sekarang. Dia juga turut menerima bantuan daripada JKM RM300.00 sebulan bagi perbelanjaan anaknya itu.

Hasil daripada lawatan tersebut, ZPP akan mempertimbangkan bantuan berbentuk katil dan tilam khas bagi anak OKU itu serta pertimbangan penambahan kewangan bulanan bagi membiayai perbelanjaan untuk susu dan pampers. Dalam lawatan tersebut, bantuan segera berbentuk wang tunai turut diserahkan.

Metro

Keratan akhbar pada 21 Disember 2017

IMG 1054

Pihak ZPP menemuramah pemohon menanyakan keadaan anaknya. 

IMG 2021

Bantuan segera berbentuk wang tunai disampaikan.

IMG 1059

Keadaan anak OKU beliau.

Harga Emas Semasa: RM185.52

Nisab: RM14,000

KUTIPAN DAN AGIHAN
(sehingga JUN 2019) 
Kutipan RM59,501,064.31
Agihan RM57,527,297.74

ezakatJompay

galeri

 news

 hubungi

No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466
Copyright © 2013 Zakat Pulau Pinang
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, IE8 browser, Mozilla Firefox, Chrome