A+ R A-

20 Disember 2017 : Bantuan Persekolahan Sesi 2018

20 Disember 2017 , Pulau Pinang : Zakat Pulau Pinang TELAH dan SEDANG mengagihkan Bantuan Persekolahan Sesi 2018 dalam bentuk seperti berikut :

1. Pakaian seragam untuk sekolah rendah diagihkan kepada 7,650 pelajar bagi 153 buah sekolah seluruh Pulau Pinang. Manakala bagi baucar tunai yang berharga RM150.00 setiap satu untuk diagihkan kepada 18,000 orang pelajar diseluruh Pulau Pinang dengan nilai agihan berjumlah RM2,700,000.00

Baucar kelengkapan persekolahan tersebut boleh ditebus di pasaraya dan kedai yang dipilih oleh ZPP seperti berikut :

- Pasaraya Mydin, Bukit Jambul

- Pasaraya Sunshine, Bukit Jambul

- Kedai Bku Gigagrowth, Bandar Perda

- Paaraya Kamdar, Bukit Mertajam

- Kedai Salim, Parit Buntar

- Pasaraya Sunshine, Kepala Batas

- Kedai Sri Menora cawangan Penanti, Tasek Gelugor dan Pokok Sena

- Pasaraya Mydin, Parit Buntar

2. Borang Bantuan Awal Persekolahan (berdasarkan syarat mengikut keluarga). Kadar bantuan bagi seorang anak yang bersekolah rendah sebanyak RM200.00 manakala bagi seorang anak yang bersekolah menengah RM250.00. Sebanyak 7,000 keping borang telah diedarkan dan kini dalam proses pembayaran kepada pemohon bantuan.

Terima kasih pembayar zakat. Semoga kalian beroleh kejayaan di dunia dan akhirat. Untuk mendapatkan info terkini boleh LIKE dan SHARE fb Zakat Pulau Pinang.

IMG 8970

Bandar Perda

 IMG 8971

IMG 8963

Seri Menora , Pokok Sena

IMG 8959

IMG 8947

IMG 8974

Mydin Bukit Jambul

IMG 9005

Harga Emas Semasa: RM 196.04

Nisab: RM14,000

KUTIPAN DAN AGIHAN
(sehingga November 2019)
Kutipan: 
RM 97,131.594.84
Agihan: RM 100,469,571.10

ezakatJompay

galeri

 news

 hubungi

No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466
Copyright © 2013 Zakat Pulau Pinang
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, IE8 browser, Mozilla Firefox, Chrome