A+ R A-

11 Disember 2017 : Mesin Bantuan Pernafasan Untuk Adik Nurin

11 Disember 2017 , Telok Kumbar : Ibu dan Bapa mana yang sanggup melihat anak mereka dalam kesengsaraan. Abdul Malik Bin Ramli, 38 tahun yang bekerja sebagai juruteknik memberitahu bahawa penyakit Meobius Syndrome yang telah dihidapi oleh anaknya Nurin Tihani ( 2 tahun ) dikesan sejak dari kecil lagi.

Mesin bantuan pernafasan yang digunakan ketika ini adalah daripada pinjaman Hospital Pulau Pinang untuk sementara waktu sahaja,dalam usaha En. Abdul Malik mencari bantuan dari pihak lain. Alhamdulilah syukur dengan permohonan bantuan perubatan daipada Zakat Pulau Pinang, En. Malik telah layak menerima Bantuan Mesin Pernafasan yang bernilai RM3,329 dari Zakat Pulau Pinang. Selain itu, bantuan berbentuk kewangan bulanan juga turut diterima oleh En.Malik untuk anaknya berjumlah RM350 sebulan.

Turut hadir, Yb Dr. Afif bin Bahardin, EXCO Bahagian Pembangunan Desa dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dan YBhg. Dato’ Haji Abdul Halim bin Hussain, Timbalan Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan  serta beberapa kakitangan Zakat Pulau Pinang.

Dengan berzakat di Zakat Pulau Pinang, zakat anda semua akan disalurkan kepada asnaf yang layak. Doa kita agar keluarga ini dipermudahkan segala urusan oleh Allah s.w.t.

Ikuti aktiviti dan program kami di - https://www.facebook.com/zakatpenang

IMG 8851

IMG 8876

IMG 8885

 

Harga Emas Semasa: RM 200.60

Nisab: RM14,000

KUTIPAN DAN AGIHAN
(sehingga Ogos 2019)
Kutipan: 
RM 77,288,481.93
Agihan: RM 72,587,525.00

ezakatJompay

galeri

 news

 hubungi

No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466
Copyright © 2013 Zakat Pulau Pinang
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, IE8 browser, Mozilla Firefox, Chrome