15 Ogos 2017 - Perkhidmatan Kaunter Bergerak Kutipan & Agihan
15 Ogos 20174, Georgetown - Wisma Persekutuan Pulau Pinang, Jalan Anson baru-baru ini telah dikunjungi oleh Kaunter Perkhidmatan Bergerak Kutipan & Agihan Zakat ZPP. Perkhidmatan ini merupakan satu kemudahan kepada warga dan juga pengunjung yang berurusan di wisma dalam mereka menunaikan kewajipan berzakat. Dalam pada yang sama mereka juga dapat mengetahui program-program agihan yang telah dilaksanakan. Alhamdulillah sambutan yang diterima amat menggalakkan dan dialu-alukan oleh pihak pengurusan. Terima kasih kepada Gemilang Maintenance Service Sdn Bhd diatas kerjasama yang diberikan.