A+ R A-

10 Ogos 2017 - ZPP Tangani Berita Tular FB

10 Ogos 2017, Georgetown - Kes Pesakit Kanser Usus Tahap 4 Di Maybank KOMTAR. Zakat Pulau Pinang tidak pernah memberitahu beliau "Bajet Dah habis" untuk bantuan perubatan!!!. Team Peduli Asnaf Zakat bersama JKM Timur Laut telah turun ke lokasi untuk meninjau keadaan beliau namun gagal menemui penama. Untuk rekod penama tidak pernah memohon sebarang bantuan dari Zakat Pulau Pinang kecuali pernah hanya sekali menerima bantuan kecemasan pada tahun 2006. Ketika itu kad pengenalan beliau beralamat di Cheras, Kuala Lumpur. Hanya itu satu-satunya maklumat yang ada setelah semakan dari Nama dan No. IC beliau dalam sistem kami. 

Semakan dengan Baitulmal MAIWP, beliau turut menerima bantuan kecemasan di sana sejak tahun 2011 dan kali terakhir pada Mei 2016. Kami akan memanjangkan No. IC terkini beliau yang beralamat di Tasek Gelugor kepada Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Hospital Pulau Pinang untuk semakan dan akan bekerjasama untuk membantu beliau kelak. Kami juga akan terus mengesan beliau untuk menyelidik dan menyalurkan bantuan yang sesuai bagi meringankan beban. ZPP mengucapkan terima kasih kepada yang berkenaan kerana memanjangkan berita ini kepada pengetahuna kami. 

11 Ogos 2017 UPDATE TERKINI - Kes Pesakit Kanser Usus Tahap 4 Di Maybank Komtar.

Team Peduli Asnaf Zakat dan JKM Timur laut telah berjaya bertemu En. Mohamed Nazir Khan. Beliau memberitahu yang beliau baru kembali ke Pulau Pinang pada Jun 2017 lalu setelah 10 tahun menetap di Kuala Lumpur. Beliau turut mengidap tibi. Kini tinggal menumpang di rumah rakannya di flat Taman Free School bagi memudahkannya berulang alik ke Hospital Pulau Pinang hampir setiap hari. Memerlukan bantuan bulanan zakat bagi membeli beg najis, kos ulang alik dan belanja bulanan. Bantuan segera dari wang zakat yang ditunaikan di Zakat Pulau Pinang telah dihulurkan sementara menanti bantuan yang sesuai diaturkan.

Kami merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dengan cepat memanjangkan maklumat yang tepat tentang beliau kepada Zakat Pulau Pinang. Terima kasih khusus buat En. Azhar di kaunter informasi berhadapan Maybank Komtar yang mengaturkan pertemuan Team Peduli Asnaf Zakat dengan En. Mohamed Nazir Khan. Doakanlah kebaikan buat beliau.

20638647 1417801011667123 6758971073202887063 n

20663923 1418668724913685 2172227412347431061 n

Bantuan tunai dihulurkan dan bantuan susulan akan segera disalurkan.

Harga Emas Semasa: RM 202.09

Nisab: RM14,000

KUTIPAN DAN AGIHAN
(sehingga Oktober 2019)
Kutipan: 
RM 90,535,172.11
Agihan: RM 89,779,553.54

ezakatJompay

galeri

 news

 hubungi

No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466
Copyright © 2013 Zakat Pulau Pinang
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, IE8 browser, Mozilla Firefox, Chrome