28 Julai 2017 - English Language Workshop 2017
English Language Workshop 2017 ini telah diadakan pada 28 - 30 Julai 2017 yang lalu. Bengkel dianjurkan bagi memberi manfaat kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki SPM. Seramai 120 orang pelajar dari 12 buah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan 7 buah Sekolah Agama Rakyat di Pulau Pinang telah terpilih ke bengkel ini. Program ini adalah dibawah inisiatif Mutiara PDCA dengan kerjasama Zakat Pulau Pinang, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang (JPPP) serta Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP). Seramai 10 orang jurulatih utama dari JPPP memberi khidmat bimbingan dalam program ini. Zakat anda menyinari asnaf. Terima kasih pembayar zakat.
Pelajar- pelajar yang hadir ke bengkel berkenaan.
Aktiviti dalam kumpulan yang telah diadakan.
Para pelajar tekun mendengar syarahan dari tenaga pengajar.